Menjelang 1 Januari 2019 nanti para pengguna dikhuatiri bakal berdepan dengan masalah untuk mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering berikutan keengganan pengusaha stesen minyak untuk menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini.

Difahamkan para pengusaha stesen minyak enggan menambah simpanan minyak pada penghujung bulan pada harga yang mahal namun terpaksa menjual mengikut kadar harga yang lebih murah yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Rojak Daily

Hal ini sekaligus bakal mendatangkan kerugian kepada mereka apabila pihak kerajaan menggunakan semula apungan harga bahan api secara mingguan berbanding secara bulanan.

Pihak kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum, termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah bermula 1 Januari ini dan pihak mereka bersedia untuk mengembalikan mekanisme mengikut mingguan bagi memberi manfaat kepada pengguna.

Sumber: CarSifu

Para pengusaha stesen minyak dilihat menunjukkan protes dengan tidak menambah simpanan minyak kerana mereka beranggapan pihak kerajaan membuat sesuatu keputusan tanpa berbincang dan memikirkan pandangan mereka supaya mendapat keputusan yang ‘win-win’ dan sekaligus perkara tersebut bakal mendatangkan kerugian kepada mereka untuk menampung kos operasi.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.