Bagi orang ramai yang perlu pergi ke tempat kerja dengan menggunakan perkhidmatan LRT, sudah tentu anda terpaksa menunggu sesebuah tren sedikit lama akibat kekerapan LRT telah dikurangkan ekoran langkah-langkah yang lebih ketat dalam pelaksanaan PKP 3.0.

Ditambah pula dengan kejadian kemalangan yang berlaku pada malam semalam, ia mengakibatkan orang ramai terperangkap umpama ‘tin sardin’ di beberapa buah stesen LRT pada hari ini.

vocket-kekerapan-lrt-berkurangan-undang-kemarahan-netizen-2
Sumber Gambar: Facebook Rapid KL

Perkara ini diakui oleh pengguna-pengguna lain yang turut bersesak-sesak pada awal pagi tadi untuk menuju ke tempat kerja. Menurut mereka, ada yang terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk menaiki satu tren.

Ianya bertentangan dengan pengumuman awal pagi tadi di mana sepatutnya kekerapan untuk pukul 7 pagi hingga 9 pagi cuma mengambil masa sepuluh minit sahaja. Namun perkara sebaliknya berlaku, pengguna-pengguna perlu menunggu lebih lama dari tempoh yang diumumkan.

Perkara ini bukan saja menyebabkan orang ramai terlewat masuk ke tempat kerja, bahkan orang ramai cukup risau dengan ketiadaan penjarakkan sosial yang sepatutnya bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 semasa bersesak-sesak di stesen dan dalam LRT.

Menurut pihak Prasarana, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, setelah semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.

Pihak mereka juga meminta orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL memuat turun aplikasi ‘PULSE’ melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’ untuk merancang perjalanan sehingga keadaan pulih seperti biasa.

Orang ramai luahkan perasaan tidak berpuas hati apabila pihak Prasarana mahu berikan pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kemalangan.

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000

Tular Isu Perlanggaran LRT, Peguam Ini Jelaskan Hak Sebagai Penumpang Yang Terlibat

Sumber