Berdasarkan laporan daripada Walls Street Jounal baru-baru ini, Apple Music telah dinobatkan sebagai aplikasi nombor satu top paid subscribers berbanding Spotify Premium di Amerika Syarikat. Laporan ini membuktikan pengguna lebih memilih untuk melanggan Apple Music daripada Spotify Premium.

Setakat bulan Februari ini sahaja, pengguna Apple Music berjaya memintas jumlah pelanggan seramai 28,000,000 berbanding Spotify Premium seramai 26,000,000 pelanggan. Pertambahan yang pesat dari bulan ke bulan dari 2.6% hingga 3% berbanding Spotify Premium hanya 1.5% hingga 2% sahaja. Jumlah pengguna ini hanyalah melibatkan pelanggan di Amerika Syarikat setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

spotify

Setakat ini difahamkan pengguna Apple Music lebih ramai berbanding Spotify Premium disebabkan aplikasi tersebut sudah sedia ada di dalam peranti Apple. Namun setakat ini berdasarkan akses percuma muzik kedua-dua aplikasi menunjukkan Spotify masih mendahului jumlah pendengar berbanding Apple Music dalam kalangan pengguna di seluruh dunia.

Sumber