Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Secara khususnya di bawah Prasana Malaysia akan dilaksanakan dalam beberapa bulan lagi,

Beliau telah mengarahkan agensi seperti KTM dan juga prasarana untuk mengaplikasikan sistem bagi perkhidmatan mereka. Dengan ini, pengguna lebih fleksibel untuk membuat pembayaran untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak terhad kepada token atau Touch ‘n Go lagi.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Soyacincau

Tambahnya, Prasarana juga telah diarah melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan mereka memerlukan masa untuk mengintegrasikan sistem. Antara sistem di bawah Prasana termasuk perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Lporan sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan sedia pertimbang semula monopoli Touch ‘n GO setelah sekian lama didapati tidak mempunyai kemajuan yang diharapkan. Sama-sama kita nantikan langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam menjaga kebajikan orang ramai.