Jika anda pengguna tegar sosial media pastinya anda peka dengan ‘bluetick’ pada profil selebriti, ahli politik atau figura awam sebagai tanda akaun tersebut telah disahkan sebagai akaun rasmi pengguna tersebut.

Berita baik untuk pengguna Instagram yang menjalankan perniagaan sah dan berdaftar atau figura awam untuk mendapatkan ‘bluetick’ pada profil anda. Namun difahamkan ciri ini akan diperluas secara berperingkat mengikut negara dalam masa akan datang. Ciri ini pastinya dapat digunakan untuk memastikan pengikut tidak terkeliru dengan akaun palsu selebriti kegemaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Instagram kini juga sedang mempergiatkan keselamatan maklumat pengguna daripada sebarang serangan godam dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara ciri keselamatan yang perlu diaktifkan oleh semua pengguna ialah two-factor authentication.