Bermula sejak semalam, laman media sosial kecoh dengan penularan sistem sekuriti CIMB Clicks dimana para pengguna berpeluang memasuki ke akaun perbankan atas talian mereka meskipun menggunakan kata laluan yang kurang tepat.

Masalah yang terjadi ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan sekaligus membuatkan orang ramai risau sekiranya terdedah kepada masalah melibatkan pemindahan wang tanpa sedar oleh pihak ketiga.  Lebih para terdapat segolongan pengguna CIMB Clicks yang kehilangan wang menerusi ketirisan masalah sekuriti perbankan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara ini terus menimbulkan panik sepanjang malam buat para pengguna dimana sekitar jam 5 pagi pihak CIMB telah menggalakkan pengguna untuk mengubah kata laluan bagi mengelakkan daripada masalah sekuriti yang berlaku.

Selain itu difahamkan implementasi ‘ReCaptcha’ yang mula ada pada CIMB Clicks seolah menunjukkan laman perbankan tersebut mungkin diserang bot. Dalam pada itu, pihak CIMB mengesahkan penambahan ‘ReCaptcha’ merupakan inisiatif terbaru laman perbankan ini untuk menambah sekuriti buat para pengguna.

Menerusi kenyataan rasmi terbaru CIMB, pihak perbankan ini telah mengeluarkan sebuah notis dalam menyatakan pihak perbankan atas talian mereka masih lagi selamat dan bebas daripada sebarang ancaman setakat ini. Berita ini sedikit sebanyak pastinya memberi kelegaan khususnya buat mereka yang mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam bank tersebut.

Screenshot 2018-12-17 at 10.45.13 AM

Buat anda yang skeptikal atau yang mahu mengelakkan daripada sebarang kerisauan, anda boleh mengubah kata laluan di CIMB Clicks mahupun memindah sejumlah wang tersebut ke perbankan yang lain. Diharap pihak CIMB Clicks mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam memastikan semua pengguna bebas daripada masalah sekuriti.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber