Sejak mula Netflix memasuki Malaysia, servis penstriman ini berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengguna. Menawarkan siri dan filem popular serta Netflix Originals antara yang membuatkan servis ini menjadi pilihan.

Terbaharu, Netflix telah memperkenalkan pelan terbaru dimana anda boleh menikmati servis penstriman Netflix dengan harga serendah RM17 sahaja. Berdasarkan pakej yang ditawarkan, para pengguna berpeluang menonton servis ini hanya pada telefon pintar serta dalam definisi standard sahaja. Dalam erti kata lain, anda tidak berpeluang mengakses Netflix pada TV atau komputer anda.

2019-07-24-image-11
Sumber: Techspot

Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara serta kedua di dunia selepas India yang menerima servis harga rendah. Data juga menunjukkan penguna di Malaysia dua kali ganda lebih tinggi menonton Netflix di telefon pintar berbanding negara lain.

Selain itu, Netflix turut memperkenalkan ciri terbaru dimana anda berpeluang menonton siri atau filem pilihan anda meskipun dengan kelajuan internet serendah 250kbps. Penggunaan data internet juga turut dioptimasikan dimana tontonan di Netflix selama 6.5 jam cuma memakan data serendah 1GB sahaja.

netfix-sensor-tower-photo
Sumber: tech crunch

Buat anda yang belum pernah melanggan pakej Netflix, anda boleh melayari laman web atau memuat turun aplikasi ini untuk menerima langganan percuma selama sebulan.

Sudahkah anda menonton Till Death: Azalea’s Wrath selaku filem tempatan pertama yang ditayangkan eksklusif di Netflix? Turut dikongsikan filem Fly by Night yang turut ditawarkan pada platform ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui sinopsis ringkas mengenai filem ini.

‘Till Death: Azalea’s Wrath’, Filem Tempatan Pertama Eksklusif Di Netflix

Karya Tempatan ‘Fly by Night’ Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen