Acap kali kita mendengar mesej palsu yang tular seperti insiatif bantuan dari kerajaan, menang peraduan dan banyak lagi. Ditambah pula dengan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi sekaligus terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk membuat penipuan.

Terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi amaran berkenaan mesej yang tular yang mengatakan terdapat saluran bantuan dari kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM500 menerusi TNG eWallet. Mesej yang diterima sebenarnya tiada berkait dengan mana-mana pihak dan hanyalah perangkap sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/SuaraPeribadi/status/1585521902638206976?s=20&t=Ht5IptBVchzHC9Lk2GxQzg

Malah, pihak PDRM menekankan mesej seumpama ini kebiasaannya disebarkan oleh sindiket penipuan dalam talian dengan harapan untuk memerangkap mangsa terpilih. Malah, terdapat perkongsian seorang pengguna Twitter yang menunjukkan tangkap layar seorang mangsa yang disyaki kerugian hampir RM2,000 disebabkan oleh mesej tersebut.

Oleh itu, anda diingatkan untuk berhati-hati dengan mesej yang diterima daripada sumber yang musykil. Malah, sebarang pautan yang disertakan juga sangat merbahaya untuk diklik kerana kebiasaannya menjadi punca utama kepada godaman akaun bank dan seumpamanya.