Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jika dahulu siri iPhone 13 Pro mengalami mimpi ngeri dek kerena masalah ‘green screen’, kini nampaknya sudah berjangkit kepada model Pro yang terkini.

Artikel Berkaitan:

Menerusi akaun TikTok @caaahubby, beliau telah berkongsi dua video yang memaparkan skrin iPhone 14 Pro miliknya telah bertukar menjadi ‘green screen’.

@caaahubby

salam inpo2 apple , siapa pernah kena macamni #apple #iphoneproblem #fyp

♬ Original Sound – Unknown

Difahamkan pada mulanya skrin menjadi berkelip-kelip seperti glitch pada halaman utama selepas dikemas kini kepada iOS 16.4.1. Perkara ini terus melarat kepada mimpi ngeri apabila bertukar menjadi ‘green screen‘ seperti yang dialami pada model sebelumnya.

Ada sebahagian komen menyarankan para pengguna iPhone 14 Pro untuk tidak mengemas kini sistem operasi terlebih dahulu kerana takut terjadi insiden tersebut.

@caaahubby

Replying to @muhdafq hijau terus mat harini, aku letak dalam beras dah nok , berharap pulih segera #iphoneproblems #fyp #iphone14pro

♬ Jocelyn Flores – XXXTENTACION

Setakat ini, kami sudah mendapati ada beberapa pengguna iPhone 14 Pro yang lain turut melaporkan isu yang sama. Tidak dapat dipastikan sama ada berpunca daripada kemaskini perisian atau pun hanya masalah skrin yang dibekalkan oleh kilang sendiri.