Walaupun sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya diumumkan pada petang semalam, jalan raya di beberapa lokasi terlalu sesak dengan kenderaan sehingga ada yang ‘terperangkap’ selama beberapa jam.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Bernama, sebahagian pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi telah keluar dari kenderaan dan berjumpa pegawai bertugas memaklumkan kekecewaan mereka kerana kenderaan mereka telah kehabisan minyak dan mengalami overheating akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan dengan Astro Awani bahawa kesesakan lalu lintas sejauh 2km itu berlangsung antara jam 7 pagi hingga 10 pagi.

Namun, beliau menjelaskan bahawa arus lalu lintas menjadi lebih lancar setelah pukul 10 pagi apabila polis yang bertugas telah melonggarkan pemeriksaan di sekatan jalan raya tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada pengguna yang terperangkap dan mencadangkan agar sekatan jalan raya diperbesarkan ekoran sejumlah besar pengguna jalan raya tinggal di luar Kuala Lumpur tetapi berkerja di dalam kawasan Kuala Lumpur.

vocket-pengguna-jalan-raya-luah-kekecewaan-4
Sumber Gambar: Facebook Bernama
vocket-pengguna-jalan-raya-luah-kekecewaan-3
Sumber Gambar: Facebook Bernama
vocket-pengguna-jalan-raya-luah-kekecewaan-5
Sumber Gambar: Facebook Bernama
vocket-pengguna-jalan-raya-luah-kekecewaan-6
Sumber Gambar: Facebook Bernama

Ekoran kejadian terbabit, pengguna jalan raya yang terpaksa merentas daerah atas urusan pekerjaan disarankan supaya merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan tersangkut di Plaza Tol Sunga Besi, lapor Awani.

Sehingga hari ini, pihak polis telah mengetatkan lagi sekatan jalan raya samada di lebuh raya mahupun ‘laluan tikus’ bagi mengurangkan pergerakkan orang ramai dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Sebuah gambar ditangkap menggunakan dron menjadi bualan orang ramai apabila ia menunjukkan realiti kualiti air dan kesesakan lalu lintas di Kelantan.

‘Teh Tarik Gelas Besar’ – Foto Kualiti Air Sungai Di Kelantan Curi Perhatian Rakyat Malaysia

Mahu Halang Cubaan Rentas Negeri, Polis Tambah Sekatan Di ‘Laluan Tikus’

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Selepas Gagal Masuk Kelantan