Bermula sejak pagi tadi, laman web Maybank2u dan aplikasi M2U dilaporkan gagal diakses pengguna. Perkara ini secara tidak langsung telah mendesak pengguna untuk membuat laporan kepada Maybank.

Sehubungan dengan itu, Maybank menerusi tweet terbaru mereka telah mengumukan permasalahan yang berlaku pada laman web dan aplikasi M2U. Pihak maybank juga telah memaklumkan untuk para pengguna untuk menggunakan aplikasi MAE yang mampu diakses seperti biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan kegagalan laman web dan aplikasi M2U yang tidak dapat diakses, para netizen nampaknya kurang berpuas hati dengan servis daripada bank terkemuka Malaysia ini.

https://twitter.com/tunismail13/status/1333254293441241089

Setakat ini pihak Maybank masih belum mengumumkan sampai bilakah aplikasi M2U dapat diakses semula sekaligus membuatkan pengguna M2U menantikannya.

Lebih menjadi masalah kepada pengguna, aplikasi yang dimaklumkan Maybank mampu diakses seperti biasa iaitu MAE turut mengalami masalah yang sama sekaligus memaksa pengguna untuk terus menanti sementara kedua-dua aplikasi ini dapat diakses kembali.

Sebelum ini Maybank mengumumkan bakal hentikan menghantar notifikasi SMS bagi transaksi kad debit bermula 3 Disember 2020.

Maybank Akan Hentikan Notifikasi SMS Untuk Transaksi Kad Debit Bermula 3 Disember 2020

Shopee Perkenalkan Kad Kredit Visa Dengan Kerjasama Bersama Maybank