Harga siri iPhone keluaran Apple sememangnya mahal kerana ianya terbina pada bahan binaan yang premium dan berkualiti tinggi. Sungguh tidak sangka, siri iPhone 12 yang baru sahaja dilancarkan pada Oktober lalu telah mendapat pelbagai maklum balas negatif daripada netizen.

Walaupun Apple menjelaskan siri iPhone 12 merupakan telefon mercu mereka yang terbaik pada ketika ini dengan penggunaan cip pemprosesan ‘A14 Bionic’ dengan sokongan 5G, tetapi soal kosmetik peranti juga perlu dititikberatkan.

Hangat diperkatakan semalam di aplikasi Twitter di mana ada seorang pengguna iPhone yang meluahkan perasaan tidak berpuas hati pada kualiti kosmetik iPhone 12 yang dikatakan mempunyai masalah paint chipping atau cat tertanggal pada bahagian kerangkanya.

Muhd Fikri Faizal, pemilik iPhone 12 berkenaan menjelaskan peranti tersebut baru keluar kotak dan belum diaktifkan. Lebih memilukan, Apple tidak mempunyai jaminan waranti untuk isu kosmetik pada siri iPhone 12.

Berikut merupakan beberapa perkongsian komen netizen yang berseloroh perihal masalah ini.

Terdahulu, beberapa pengguna iPhone 11 juga melaporkan permasalahan yang sama. Seperti yang kita boleh lihat, masalah ‘paint chipping’ ini kerap berlaku pada bahagian camera bump siri iPhone versi biasa dan bukan versi Pro.

Bagi peminat iPhone, berikut beberapa klik pautan artikel berkaitan teknologi Apple yang patut anda baca. Jangan lupa tekan.

Pandang Pertama Apple iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro Diperlihatkan

Malaysia Antara Negara Termurah Untuk Dapatkan Apple iPhone 12

Sumber