Baru-baru ini terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh American Marketing Association. Melalui kajian tersebut dikatakan pengguna lebih senang cuai atau kurang sensitif dengan telefon mereka apabila smartphone terbaru diumumkan. Mereka namakan masalah ini sebagai ‘upgrade effect’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan kajian yang dibuat pada lebih 3,000 pengguna iPhone, dikatakan pengguna iPhone 5 lebih cenderung untuk kurang memberi perhatian kepada telefon mereka sebaik sahaja iPhone 5S dilancarkan. Lebih parah, kes melibatkan telefon retak, rosak dan hilang lebih kerap berlaku selepas pengumuman iPhone 5S.

Virgin mobile turut membuat parody mengenai masalah melibatkan pengguna iPhone. Memang LOL!

https://www.youtube.com/watch?v=NaCNPUdjqP0

Saya tidak sama ada perkara ini kebetulan atau tidak, namun itulah hakikatnya. Dikatakan masalah ini tidak hanya terjadi pada telefon sahaja.

Kemungkinan juga berlaku pada perkara-perkara lain seperti kereta. Elok sahaja habis hutang dekat bank, tiba-tiba sahaja kereta mula meragam dan menunjukkan tanda-tanda perlu ditukar. Selalunya terjadi selepas anda mempunyai minat terhadap sesebuah model terbaru.

Pernah terkena ‘upgrade effect’? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Sumber