Jika anda sering menggunakan pengangkutan awam sebagai sebahagian daripada perjalanan harian anda, anda pasti ada satu perasaan yang ruang peribadi anda telah dicerobohi saat orang ramai cuba berhimpit untuk memuatkan diri di dalam gerabak tersebut. Terutamanya stesen yang sangat sibuk seperti KL Sentral.

Namun ada berita baik untuk mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam ini. Rapid KL telah membuka jambatan pejalan kaki yang baru terus menghubungkan Stesen LRT Pasar Seni dengan Stesen KTM Kuala Lumpur.

Sumber: Prasarana Malaysia Berhad & MRT Corp

Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna KTM dan LRT, pengguna MRT yang mempunyai hanya satu pilihan pertukaran KTM iaitu di KL Sentral (Muzium Negara) juga boleh menarik nafas lega.

Dengan pembukaan jambatan ini, masa untuk berulang-alik juga dipendekkan buat pengguna KTM yang ingin bertukar ke laluan LRT Kelana Jaya dan MRT Sungai Buloh – Kajang.

Jika anda bimbang tentang jarak yang anda perlu berjalan untuk menukar laluan, jangan risau, jambatan ini hanya 102 meter panjang dan dilengkapi dengan kemudaha travelators dan kipas supaya anda boleh berjalan dengan selesa.

Sumber: Twitter @MyRapidKL

Walaupun pembinaan jambatan ini dijadualkan siap pada bulan Disember 2019, proses pembinaan telah selesai satu bulan lebih awal dan kini sedia untuk digunakan. Pengguna LRT dan KTM boleh bergembira kerana mereka akhirnya mempunyai pilihan untuk skip KL Sentral untuk sampai ke mana sahaja mereka perlu pergi.

Diharapkan dengan pembukaan jambatan baru ini, orang ramai akan menggunakan kemudahan pengangkutan awam ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang ini.

Ketahui 10 etika ketika menaiki MRT supaya kita menjadi warga berkelas dunia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

10 Etika Menaiki MRT Supaya Kita Jadi Warga Berkelas Dunia

Kerajaan Sarawak Akan Mempertimbangkan Semula Projek LRT Yang Ditangguhkan

LRT Ampang – Kelana Jaya Mula Operasi 2016