Masalah scammer telah membuatkan orang ramai merasa tidak selamat untuk melakukan transaksi dalam talian lagi. Jadi, pihak perbankan telah bertungkus-lumus memantapkan lagi sekuriti serta mengambil langkah berjaga daripada pelbagai aspek.

Oleh itu, Maybank kini memaklumkan akan mengimplementasi kaedah pengesahan baharu untuk transaksi menerusi JomPay dan FPX pada aplikasi MAE bermula 6 Disember kelak.

Baca Juga:

Sumber Gambar:Maybank

Ini bermakna JomPay dan FPX akan menerima pengesahan Secure2u apabila melakukan transaksi menerusi aplikasi MAE. Sementara perolehan SMS TAC hanya akan diterima bagi transaksi FPX manakala JomPay pula tidak lagi menerimanya.

Dengan langkah ini, ia memerlukan para pengguna untuk mengaktifkan aplikasi MAE bagi tujuan meningkatkan lagi keselamatan transaksi bersama Maybank. Maka, para pengguna dinasihati beralih ke aplikasi MAE untuk meluluskan JomPAY dan pembayaran FPX melalui Secure2u.

Tambahan pula, ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan di kalangan pengguna tempatan.

Sumber