Setiap hari boleh dikatakan majoriti kita bakal menghabiskan masa terluang di laman sosial kerana mahu mengetahui informasi semasa atau melihat kehidupan kenalan masing-masing.

Menerusi tinjauan terkini, pengguna internet di Malaysia dalam linkungan usia 16 tahun hingga 64 tahun didapati menghabiskan masa mereka sekitar 2 jam 47 minit di dalam sehari untuk media sosial. Tempoh masa itu bagaimanapun didapati lebih tinggi daripada purata peringkat global iaitu sekitar 2 jam 31 minit.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Meltwater

Tinjauan Meltwater juga melihat situasi ini tidak menghairankan apabila rata-rata pengguna Malaysia tidak sekadar menggunakan medium media sosial sebagai hiburan sahaja tetapi turut menggunakan ia sebagai medium sumber berita (42.6%) atau atas keperluan tugasan (41.1%), dan pencarian sesuatu jenama (51.3%).

Sumber Gambar: Meltwater

Secara keseluruhannya, antara 10 platform media sosial yang paling digemari pengguna dunia adalah Whatsapp (15.8%), Instagram (14.3%), Facebook (14.2%), Wechat (12.2%), TikTok (6.1%), Douyin (5.7%), Twitter (3.4%), Pemesejan FB (2.6%), Telegram (2.2%) dan Line (2.0%).

Selain media sosial, 87.4% pengguna internet negara turut menggunakan peranti pintar sebagai medium bermain permainan video. Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding paras global sekitar 81.9%.

Sementara 94.7% pengguna internet tempatan mula menunjukkan minat mereka terhadap penggunaan servis penstriman seperti Netflix, Disney+, Amazon dan beberapa servis lain.

Manakala sebanyak 40.9% pengguna internet pula gemar melayari laman rasmi atau aplikasi perbankan untuk penglibatan dalam pelaburan dan insurans pada setiap bulan. Secara dasarnya, majoriti kita banyak menghabiskan masa di internet pada hari ini kerana pelbagai urusan seharian boleh dibuat menerusi dalam talian sahaja.