Kemalangan melibatkan motosikal dengan kenderaan lain di jalan raya bukanlah sesuatu yang baharu malah sudah melibatkan ribuan nyawa.

Berikutan itu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kini sedang dalam usaha untuk mengkaji kertas kerja menghadkan penggunaan lorong kiri khas untuk pengguna motosikal. Langkah ini diambil dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan motosikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
KIRI-1-1200×673
Sumber: Era Baru

Setakat ini pihak JKJR sudah mengadakan perbincangan mengenai perlaksaan langkah keselamatan ini bersama beberapa pihak NGO dan persatuan motosikal. Menurut Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa berkata beberapa faktor perlu diambil kira untuk melaksanakan langkah ini, antaranya menetapkan had laju motosikal.

Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal, antara langkah lain yang mungkin diambil adalah untuk menghadkan kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah kepada hanya 70km/j kerana faktor utama kamalangan jiwa melibatkan penunggang motosikal adalah kerana menunggang laju.

Namun menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kertas kerja ini masih dalam tahap perbincangan dan masih belum ada tarikh rasmi ditetapkan untuk melaksanakan cadangan ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber