Kecoh beberapa hari lalu apabila berlaku perselisihan faham diantara syarikat telekomunikasi bersama Menteri Kewangan berkaitan harga yang ditetapkan bagi perkhidmatan prabayar berikutan implementasi SST.

Terbaru, Menteri Kewangan memaklumkan perkhidmatan prabayar tidak lagi dikenakan cas SST sebanyak enam peratus memandangkan golongan yang memakai prabayar terdiri daripada majoriti golongan berpendapatan rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Sumber: TheCoverage

Difahamkan langkah yang dibuat ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat meskipun hasil negara perlu dipertingkatkan.

Walaubagaimanapun, buat para pengguna pascabayar, cukai SST masih lagi dikenakan dengan jumlah 6%. Pihak Menteri Kewangan turut menasihatkan syarikat telekomunikasi agar tidak mengambil kesempatan terhadap SST yang baru sahaja diperkenalkan.