Ciri pemantauan tekanan darah dan ECG pada jam tangan pintar sememangnya jadi dambaan ramai. Ini kerana orang ramai mula sedar akan kepentingan memantau kesihatan secara kendiri dalam menuju ke arah gaya hidup sihat.

Terbaharu, Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemas kini aplikasi Samsung Health Monitor Blood Pressure sekaligus membolehkan pemantauan tekanan darah dan juga ECG.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Android Authority

Untuk menggunakannya, anda perlu menetapkan aplikasi Samsung Health Monitor pada telefon dan  juga Galaxy Watch anda. Kemudian, anda melakukan beberapa tetapan sebelum melakukan penilaian.

Samsung bakal menjayakan bacaan tambahan ini menerusi sensor yang disertakan pada jam tangan pintar berkenaan iaitu sensor Photoplethysmogram (PPG).

Sumber Gambar: Nextrift

Di samping itu, jam tangan pintar Galaxy Watch turut boleh digunakan dalam menilai komposisi tubuh yang baik. Dengan ini, ia bakal memperlihatkan peratusan lemak badan, peratusan air di dalam badan dan juga jisim otot kepada pengguna.

Bagi anda yang menggunakan jam tangan pintar Samsung sama ada model Galaxy Watch5 atau Galaxy Watch5 Pro, bolehlah mengemas kini aplikasi anda dan menikmati ciri baharu tersebut bermula hari ini.