Nampaknya perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China makin hangat apabila Huawei telah disekat daripada menggunakan perisian Android dan Google awal minggu ini. Hal ini berikutan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menyenarai hitam syarikat Huawei untuk terus berurusan dengan negara berkenaan.

Malah, isu ini pastinya akan memberi kesan yang besar kepada arena teknologi dan telefon pintar. Justeru itu, kebanyakkan pengguna telefon pintar iPhone di China telah bertukar ke Huawei sebagai tanda sokongan terhadap jenama tempatan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, ada segelintir majikan turut memberi amaran kepada pekerja yang membeli produk Apple bahawa mereka tidak akan mendapat kenaikan pangkat serta bonus tahunan. Akan tetapi, bagi yang membeli peranti Huawei, ganjaran akan diberikan kepada mereka.

Sentimen sayangkan negara lebih penting buat rakyat China. Perang dagangan ini nampaknya makin serius dan diharap satu solusi dapat dicapai dalam masa terdekat.

Sumber