Aplikasi komunikasi popular dunia, WhatsApp akan memulakan sekatan ke atas berjuta-juta pengguna model telefon pintar yang lama pada tahun depan.

Bermula 1 Februari 2020, mana-mana iPhone yang masih menggunakan sistem operasi iOS 8 dan ke bawah tidak lagi dapat menggunakan aplikasi tersebut. Manakala untuk  telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android versi 2.3.7 dan ke bawah bakal menerima nasib yang sama.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Pengguna sistem operasi yang dinyatakan ini sudah pun tidak dapat mendaftar akaun WhatsApp yang baharu atau mengesahkan semula akaun yang sedia ada.

Menurut laporan Astro Awani, tujuan sekatan ini dilakukan oleh pihak WhatsApp adalah kerana pihaknya ingin lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut terhadap telefon terkini.

Sumber: Daily Mail

Selain daripada itu, semua telefon pintar yang menggunakan operasi Windows juga bakal disekat dari menggunakan aplikasi tersebut bermula 31 Disember 2019 – sejajar dengan langkah Microsoft untuk menghentikan sokongan kepada sistem operasi Windows 10 Mobile mereka.

WhatsApp akan hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.0.3 ke atas dan telefon pintar iPhone yang menggunakan iOS 9 ke atas sahaja.

Antara telefon lain yang telah disekat penggunaan Whatsapp adalah BlackBerry OS dan BlackBerry 10 pada 31 Disember 2017, Nokia S40 pada 31 Disember 2018 serta Nokia Symbian S60 pada 30 Jun 2017.

Sebelum ini, pengasas Telegram meminta orang ramai untuk membuang aplikasi WhatsApp. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pengasas Telegram Mahu Anda Buang Aplikasi WhatsApp Sebelum Perkara Buruk Berlaku

Data Peribadi Pengguna Berisiko Terdedah Melalui GIF Apabila Menggunakan WhatsApp

Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sekali Lagi Mengalami Masalah Untuk Diakses

Anda Mungkin Suka