Jika anda tidak mempunyai apikasi Instagram, Snapchat dan Facebook di dalam telefon pintar mungkin anda digelarkan sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Baru-baru ini, sebuah syarikat penganalisa data Recode, telah mengumpulkan maklumat seperti global panel, ‘ISP data, public data sources, dan direct measurement data’ untuk mengetahui maklumat berapa lama pengguna menghabiskan masa di laman sosial ini.

Hasil kajian ini pada bulan Jun 2018 telah menunjukkan purata seorang pengguna Instagram mengambil masa sekurang-kurangnya 53 minit sehari, pengguna apikasi Snapchat pula 49.5 minit sehari dan untuk laman Facebook pula tertinggi, catat rekod masa tertinggi 58 minit sehari.

Recode

Data ini diperoleh daripada pengguna Android sahaja. Recode juga mengatakan purata masa untuk apikasi Instagram juga akan meningkat untuk beberapa bulan akan datang disebabkan pengenalan terbaru mengenai IGTV. Berapa lama pula anda menghabiskan masa anda untuk satu apikasi ini?

Sumber