Sebelum ini, Telekom Malaysia telah menyediakan pakej Unifi 100Mbsps pada harga RM129 sebulan kepada pengguna untuk membolehkan mereka menikmati pelan jalur-lebar yang berkelajuan tinggi pada harga yang kompetitif.

Seperti yang pengguna Telekom Malaysia sedia maklum, pakej yang ditawarkan tersebut mempunyai kontrak langganan selama 24 bulan dengan kelajuan muat-turun 100Mbps dan muat-naik 50Mbps.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, TM telah mengemaskini halaman FAQ mereka dan turut menyatakan harga langganan untuk pakej yang ditawarkan sebelum ini bakal berubah menjadi RM159 sebulan setelah tempoh 24 bulan daripada kotrak langganan.

TM juga dijangka bakal memperkenalkan pakej langganan data tambahan untuk pakej Unifi 30Mbps yang bakal dilaksanakan sekitar awal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, buat pelanggan yang sedia ada, mereka tidak perlu risau akan maklumat terbaru ini kerana anda semua boleh berubah dari satu pelan kepada satu pelan yang baru selepas dua tahun bersama Telekom Malaysia. Berkemungkinan besar anda ditawarkan dengan harga yang lebih murah dengan syarat anda masih menyambung kontrak anda bersama Telekom Malaysia.