Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sekiranya sebelum ini heboh dengan berita dimana TM bakal menaikkan harga caj bulanan sebelum dinafikan oleh TM sendiri, pada hari ini sejumlah besar pengguna mengalami masalah gangguan Unifi.
Masalah yang berlaku ini membuatkan para pelanggan hanya menerima akses internet dengan capaian dibawah 1Mbps. Berdasar laporan, sejumlah pengguna yang terlibat dengan masalah gangguan internet ini terdiri daripada mereka yang berada di kawasan Utara Malaysia. Berikutan masalah yang berlangsung, pihak TM turut tampil memberi penerangan mengenai masalah yang berlaku.

Hi. Kami mohon maaf atas segala kesulitan. Ketika ini terdapat gangguan perkhidmatan impak kepada pengguna TM. Tindakan baik pulih segera sedang dalam progress
— help me unifi (@helpmeunifi) November 18, 2018
Masalah yang berlaku ini dijangkakan bakal diselesaikan menjelang jam 6 pagi ini. Melihat kepada respon para netizen, ramai yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap servis TM yang gagal memberikan servis yang terbaik buat para pengguna.