Berapa kerap anda menggunakan aplikasi pada telefon pintar setiap hari? Dalam satu kaji selidik yang telah dilakukan oleh Google dan TNS dalam Tinjauan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih di Asia menunjukan, purata pengguna telefon pintar di Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya 7 aplikasi dalam sehari.

Ia memberi gambaran Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi paling aktif di Asia. Menurut kajian yang dibentangkan oleh Ketua Kepintaran Perniagaan Google Malaysia HC Lim, ini 10 jenis trend penggunaan aplikasi mudah alih yang perlu diketahui:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Secara purata, 34 aplikasi mudah alih dipasang dalam sebuah telefon pintar bagi seorang pengguna di Malaysia.

2. Pengguna tempatan lebih selesa menggunakan pelayar web (mobile web) berbanding aplikasi mudah alih.

Kebanyakkan pengguna di Asia lebih suka menggunakan aplikasi mudah alih. Namun di Malaysia, pengguna lebih selesa menggunakan pelayar web berbanding aplikasi disebabkan faktor sambungan internet yang baik.

1

Menerusi hasil kajian ini, Google menggalakkan pembangun untuk menjadikan pengalaman merentasi pelayar web dan aplikasi mereka lebih lancar dan mesra pengguna.

3. Mencari aplikasi baharu di App Store atau Play Store

Pengguna di Malaysia menemukan aplikasi baru melalui enjin carian yang terdapat di App Store atau Play Store berbanding dari sumber yang lain.

2

Google turut mencadangkan untuk mengguna kata kunci ‘App Ads’ di Google.com atau di kedai aplikasi bagi manfaatkan apa yang dicari oleh pengguna untuk memaparkan iklan yang sewajarkanya.

4. Aplikasi permainan adalah yang paling banyak dimuat turun dan paling banyak dinyah-pasang (uninstall)

Menurut Google, pengguna lebih suka mencuba permainan baru setiap bulan.

5. Membaca ulasan sebelum memasang aplikasi

Pengguna di Malaysia biasanya akan membaca ulasan dari pengguna yang lain terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi, termasuk mempertimbangkan saiz. Pengguna biasanya tertarik dengan aplikasi yang lebih kecil.

5

6. Pemain lebih gemar membeli melalui aplikasi

Pemain di Malaysia lebih banyak menghabiskan duit dalam aplikasi permainan seperti membeli kredit tambahan, nyawa atau duit maya (coins).

7. Membuang aplikasi yang tidak relevan

Rakyat Malaysia akan membuang aplikasi yang mereka rasa tidak lagi relevan atau tidak lagi berguna berbanding faktor kapasiti memori yang digunakan dan faktor perbandingan dengan aplikasi lain.

8. Tidak gemar bayar kandungan digital

Rakyat Malaysia lebih gemar mendapatkan kandungan digital secara percuma berbanding yang berbayar.

9. Beli produk melalui aplikasi

Hampir 75 peratus pengguna di Asia selesa untuk membeli produk atau perkhidmatan melalui aplikasi. Contohnya seperti tiket kapal terbang, pakaian, beg atau kasut.

10. Tutup notifikasi aplikasi

Pengguna di Malaysia menutup kemudahan notifikasi bagi 38 peratus aplikasi mereka.

Ini adalah hasil kajian yang dilakukan meliputi 10,123 responden daripada 10 negara Asia, termasuk China, India, Indonesa, Jepun Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sumber