Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid pada hari ini mengumumkan pihak KPM sedang mengkaji bagi membenarkan penggunaan telefon pintar di sekolah.

Dikhabarkan pertimbangan ini dibuat bagi tujuan pembelajaran buat para pelajar serta bakal menjadi polisi terbaru dimana penggunaan telefon dibolehkan di dalam bilik pembelajaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid turut menegaskan kajian dan pertimbangan yang lebih mendalam harus dibuat sebelum diimplemen pada lebih 10,000 sekolah. Kecekapan internet yang mencukupi untuk bilangan pengguna yang ramai antara yang perlu dititikberatkan.

Berdasarkan perjanjian bersama syarikat konsesi 1BestariNet dilaporkan kelajuan internet majoriti sekolah pada ketika ini berada di tahap 6Mbps di semua lokasi. Selain itu, beliau turut mengumumkan terdapat beberapa sekolah luar bandar yang turut disediakan kemudahan internet dengan kelajuan 15Mbps dan 20Mbps.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, nampaknya penggunaan telefon di kawasan sekolah ini bukan sahaja untuk memudahkan para pelajar menghubungi ibu bapa dan sebagainya, malah kemungkinan bakal menjadi platform buat para pelajar mendapatkan info yang lebih dengan penyediaan internet yang pantas.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Apakah anda berpendapat penggunaan telefon pintar di sekolah ini merupakan langkah yang releven atau sebaliknya. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Sumber