Mencari rezeki untuk menyara hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi bagi individu yang tidak sempurna anggota badan. Mungkin kita sering melihat orang meminta sedekah kerana ketidaksempurnaan anggota badan di kedai-kedai makan, dan jarang melihat mereka bekerja susah payah.

Jarang tidak bermaksud tiada dan baru-baru ini seorang pengguna di Facebook telah berkongsi tentang penghantar makanannya seorang yang OKU. Baliami Conmigo telah memesan makanan melalui Foodpanda dan menanti makanannya dengan penuh kesabaran.

Selepas itu, penghantar makanan tersebut menelefon mengatakan bahawa sudah berada di bawah dan ingin mengesahkan rumahnya. Setelah tiba di rumahnya, dia berasa terkejut melihat keadaan penghantar makanan tersebut yang serba serbi kekurangan.

Penghantar Foodpanda tersebut meminta maaf kerana terlewat berikutan lif bermasalah dan tersilap tingkat rumah. Kemudian, dia pun membayar wang makanan tersebut dan memberikan sedikit wang tips kepada penghantar Foodpanda itu.

Walaupun penghantar Foodpanda itu serba serbi kekurangan tetapi masih mahu bekerja demi mencari sesuap nasi buat keluarga. Akan tetapi masih ramai lagi orang di luar sana yang menggangur dan tidak mahu bekerja walaupun lengkap anggota badan.

Berikutan perkongsianĀ Baliami Conmigo di Facebook miliknya, ramai netizen berasa sebak akan kegigihan yang ditonjolkan oleh penghantar Foodpanda tersebut.

Screenshot 2019-07-16 at 10.58.37 AM

Screenshot 2019-07-16 at 10.58.53 AM

Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar kepada kita semua dan menjadikan kita insan yang lebih baik kelak.