Perbuatan ‘prank’ atau mengenakan seseorang dengan niat untuk bergurau adalah perkara yang sering terjadi dalam kehidupan generasi masa kini.

Paling banyak adalah prank ketika sambutan hari lahir ataupun prank yang sekadar yang dilakukan bagi dikongsikan di aplikasi-aplikasi media sosial.

Walaupun ada prank yang kelihatan kelakar dan membuatkan kita semua tersenyum selepas melihatnya, tidak kurang juga ada yang membuatkan kita termenung panjang memikirkan apakah sebenarnya yang cuba dilakukan mereka.

Dan ada sesetengah prank pula yang membuatkan kita tertanya-tanya adakah si pelaku ataupun dalang di sebalik prank itu memikirkan terlebih dahulu apa yang ingin atau telah dilakukan mereka.

Seperti kisah prank yang terjadi di Indonesia ini di mana seorang penghantar makanan telah dikenakan oleh pelanggannya sendiri.

grab5

Melalui perkongsian itu, si dalang prank tersebut dikatakan telah memesan hidangan udang keju dengan kuantiti yang agak banyak untuk jamuan bersama keluarganya.

grab2

Sudah dapat merasakan ada sesuatu yang pelik akan berlaku, rider itu juga telah menghubungi pelanggannya untuk memastikan pesanan tersebut adalah betul dan bukannya main-main.

grab3

Tetapi, setelah sampai ke rumah pelanggan tersebut, penghantar makanan itu kecewa selepas diberitahu pesanan tersebut hanyalah prank dan pelanggan yang memesan makanan itu juga tiada di sana.

grab4

Dan paling mengecewakan penghantar makanan tersebut adalah dia terpaksa menanggung sendiri kos makanan tersebut. Jika ditukar kepada wang Malaysia, harga untuk pesanan tersebut mencecah lebih RM150.

grab1

Netizen yang tidak berpuas hati dengan perkara itu turut bersimpati dengan nasib yang menimpa ‘rider’ tersebut dan bertindak menularkan kejadian itu dan mencari pelanggan yang membuat pesanan tidak masuk akal itu.

Bergurau perlulah kena pada tempat dan masanya. Jika melibatkan pekerjaan seseorang dan rezeki mereka, kita seharusnya mengelakkan daripada memainkan perkara tersebut.

Mungkin bagi anda ia hanyalah gurauan dan nilai mata wang yang kecil, namun siapa tahu mungkin bagi mereka itulah sahaja pekerjaan dan punca rezeki mereka.

Baca kisah pasangan suami isteri ini yang trauma selepas meja makan mereka tiba-tiba meletup ketika sedang menikmati steambot bersama rakan-rakan. Klik pautan untuk membaca.

Makan Malam Bertukar Jadi Mimpi Ngeri Selepas Meja ‘Steamboat’ Tiba-Tiba Meletup

McNugget Pedas, Menu Terbaharu McDonald’s Yang Pasti ‘Kick’ Deria Rasa Anda

Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China