Walaupun pihak penghantar makanan perlu menghantar tempahan pelanggan secepat yang mungkin, itu bukan satu ‘lampu hijau’ untuk mereka melanggar undang-undang jalan raya sesuka hati.

Terbaharu, tular satu rakaman video seorang penghantar makanan ‘mengamuk’ di tengah-tengah jalan setelah dihon oleh pengguna jalan raya yang lain akibat lelaki tersebut melanggar lampu merah secara melulu di hadapan Hotel Impiana KLCC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakaman video terbabit telah mengundang kecaman netizen yang marah dengan tindakan penghantar makanan tersebut yang cuba menjadi samseng jalanan setelah melanggar undang-undang jalan raya.

Ada yang menyatakan mereka sudah banyak kali berhadapan dengan situasi bahaya seperti ini yang boleh menyebabkan kemalangan di antara penghantar makanan dan pengguna jalan raya yang lain.

https://twitter.com/anisjaffar_/status/1419479017590190086?s=20

https://twitter.com/nuurul4ien/status/1419490340378083329?s=20

Difahamkan si perakam video tidak mengendahkan ‘provokasi’ yang dibuat oleh penghantar makanan tersebut dan meneruskan perjalanan ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.

Setiba balai polis berkenaan, si perakam telah diugut oleh lelaki itu untuk membuang rakaman video tersebut tetapi ugutan tersebut tidak diperdulikannya dan terus membuat laporan polis.

Ini bukanlah pertama kali kes seperti ini berlaku. Semoga para penghantar makanan lebih berhati-hati dan mengikut undang-undang jalan raya walaupun mereka perlu cepat tiba ke destinasi yang dituju.

Pada bulan Mei lalu, pelawak terkenal tempatan dirakam sedang bergaduh dengan penghantar makanan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ foodPanda

Sumber