Semalam tular satu perkongsian video di Facebook yang menunjukkan kemalangan antara sebuah kereta dan motosikal yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

Video tersebut menunjukkan motorsikal yang dipercayai ditunggang oleh penghantar makanan itu merempuh bahagian belakang kereta yang secara tiba-tiba mengambil susur keluar di bahagian kiri lebuh raya.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Mangsa yang datang dari belakang kemudiannya tidak sempat untuk mengelak sekaligus menyebabkan rempuhan tersebut berlaku sehingga tercampak daripada motorsikal yang dinaikinya.

Posted by Amerul Izuwan on Sunday, 8 March 2020

Menjelaskan insiden tersebut, rakan kepada mangsa Ameerul Izuwan menjelaskan mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

“Secara tiba-tiba, sebuah kereta BMW hitam (no plat tak dapat cam) telah menukar lorong menghala ke Jalan Kelang Lama.

“Dan saudara Nizam tidak sempat untuk brek dan terus melanggar belakang bonet kereta BMW tersebut,” katanya di Facebook.

Posted by Amerul Izuwan on Sunday, 8 March 2020

Walaupun mengakui rakan mereka melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan laluan motosikal, namun beliau kesal dengan tindakan pemandu kereta itu yang tidak bertanggungjawab selepas kejadian itu.

“Tetapi kami sangat ralat, pemandu tersebut tidak bertanggungjawab atas kelalaiannya dan hanya tengok sahaja saudara Nizam terkulai di atas jalan raya,” tambahnya.

Posted by Amerul Izuwan on Sunday, 8 March 2020

“Kesan daripada itu, saudara Nizam telah patah bahu kiri dan mengalami kecederaan dalaman,” katanya.

Justeru itu, dia memohon kerjasama mereka yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut agar tampil ke hadapan dan menghubunginya.

KAWAN SAYA DIBIARKAN TERKULAI GARA-GARA PEMANDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. NASIB UMUR PANJANG8/3/2020 – Kejadian berlaku…

Posted by Amerul Izuwan on Sunday, 8 March 2020

Tidak dapat dinafikan kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka namun jika setiap pengguna mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memandu secara berhemah sudah pasti ianya akan dapat dielakkan.

Baca kisah lelaki ini yang dilanggar dari belakang walaupun menunggang di lorong paling kiri ketika berada di lebuh raya sebelum ini. Klik pautan untuk membaca. 

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Anda Mungkin Suka