Para pengimport bauksit dari negara China tidak bimbang dengan larangan menghentikan aktiviti melombong bauksit di Pahang dan berkata mereka masih boleh terus mengimport stok bauksit yang telah dihantar ke pelabuhan.

Seorang wakil pengilang aluminimum yang berpusat di Shandong berkata, mereka juga mempunyai sejumlah stok simpanan bauksit di pelabuhan negara mereka yang mampu bertahan untuk beberapa ketika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hanya perlombongan dan penghantaran telah dihentikankan, tetapi stok yang berada di pelabuhan masih boleh dieksport, jadi tidak ada isu di sini” – kata pengimport tersebut.

bauksit-2

Menurut wakil kilang penapisan di Henan pula, perayaan tahun baru China bakal menjelang tidak lama lagi menjadikan aktiviti pengilangan sedikit perlahan sambil menambah beliau yakin Malaysia akan terus mengeluar dan mengesport bauksit kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan.

“Ia memberikan keuntungan yang banyak kepada mereka, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan;” ulas beliau berikutan arahan menghentikan aktiviti melombong bauksit yang berkuat kuasa pada 15 Jan lepas.

Menurut laporan, terdapat kira-kira 2 juta tan metrik (mt) bijih bauksit menunggu untuk dieksport di pelabuhan Kuantan, dan dianggarkan terdapat 20 juta mt stok lagi telah di eksport dan kini disimpan di pelabuhan-pelabuhan di China.

Stok yang ada ini lebih daripada cukup untuk kami bertahan sehingga selepas cuti Tahun Baru China, dan sehingga Malaysia kembali melombong dan mengeluarkan bauksit – kata seorang lagi wakil kilang penapisan di Shandong.

Namun begitu menurut laporan tersebut, terdapat kebimbangan di kalangan pengeksport China berikutan laporan terbaru yang mengatakan bekalan bauksit di Pahang akan habis dalam masa beberapa tahun lagi.

Berdasarkan angka terbaru daripada Jabatan Mineral dan Geosains, Pahang mempunyai rizab bauksit terbesar di negara ini dan ia dianggarkan berjumlah 80,200,000 mt.

Menurut laporan, dianggarkan kira-kira 20 juta mt bauksit telah dilombong pada tahun 2015 dan Pahang akan kehabisan rezab ini dalam masa 4 ke 5 tahun akan datang.

bauksit-3

Walaubagaimana pun kilang penapisan di Henan berkata tahap sumber yang dianggarkan mungkin tidak tepat dan sumber baru boleh ditemui seperti yang sering berlaku di China.

Beliau juga berkata bahawa Malaysia bukanlah pembekal bauksit tunggal mereka.

Pengimport Cina telah beralih kepada berbagai negara pengeksport pada tahun-tahun kebelakangan ini berikutan pengharaman melombong yang dikuatkuasakan di Indonesia, Guinea, Ghana, Guiyana , Republik Dominican dan Brazil.

Kami mampu bertahan sewaktu ia diharamkan di Indonesia. Begitu juga dengan yang berlaku kali ini di Malaysia, kata wakil kilang penapis lain di Shandong.

Eksport bauksit Malaysia telah meningkat pada tahun lepas selepas Indonesia mengharamkan export bauksit pada Januari 2014. Seebelum ini Indonesia menjadi pembekal utama sebanyak 70% kepada 80% daripada jumlah bauksit yang diimport ke China.

Malaysia telah menjadi pengeksport bauksit utama China sejak pertengahan 2015.

Pada bulan Januari – November 2015, Malaysia mengeksport 20.7 juta mt bauksit ke China berbanding 2.6 juta pada tempoh yang sama pada tahub 2014, kata laporan itu yang memetik angka yang telah dikeluarkan oleh pihak kastam di China.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram