Tiga model iPhone terbaru yang dilancarkan Apple pada tahun lalu iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X ternyata tidak cukup untuk memberi keterujaan seperti yang dijangkakan peminat Apple. Berdasarkan laporan terbaru, Apple dijangka akan mengurangkan penghasilan iPhone untuk suku pertama tahun ini.

Menurut Digitimes, pengeluaran iPhone bakal dikurangkan bermula bulan Februari berikutan beberapa faktor. Perayaan Tahun Baru Cina antara yang punca utama memandangkan majoriti komponen iPhone dihasilkan di China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, faktor penjualan dari model iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang amat perlahan telah sebelum penjualan iPhone X antara yang menjadi punca. Spesifikasi iPhone 8 dan 8 Plus yang tidak banyak perubahan serta ditawarkan dengan lebih mahal membuatkan orang ramai lebih memihak untuk mendapatkan iPhone 7 dan 7 Plus.

Kepada anda yang ingin mendapatkan iPhone terbaru, sekarang masih lagi masa yang sesuai untuk mendapatkannya berikutan penawaran promosi yang pelbagai. Anda boleh lihat promosi terbaru iPhone di sini.

https://youtu.be/mW6hFttt_KE

Sumber