Smartphone termahal Apple yang dikeluarkan dengan penuh hype ternyata gagal untuk memberikan angka penjualan seperti yang diharapkan. Apple iPhone X yang dikeluarkan sempena ulang tahun kesepeluh dilaporkan bakal dihentikan penghasilan menjelang pertengahan tahun ini.

Berdasarkan sumber dariapda KGI Securities, sebab utama penghasilan iPhone X bakal dihentikan adalah kerana Apple mahu memfokuskan kepada pengeluaran generasi terbaru iPhone.

apple-iphone-x-31-1500×1000

Apple iPhone yang mirip dengan rekabentuk iPhone X  bakal dikeluarkan pada tahun ini dengan saiz skrin 5.8-inci dan 6.5-inci. Dikatakan Apple iPhone SE juga bakal dikeluarkan dengan model terbaru pada tahun ini.

Kemungkinan pengguna boleh harapkan Apple iPhone generasi terbaru dengan saiz notch yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

screen shot 2017-09-12 at 21848 pm

Berakhirnya pengeluaran Apple iPhone X bermakna model ini bakal menjadi model yang limited berbanding pengeluaran model-model yang lain. Pada pendapat anda, apakah faktor yang membuatkan Apple iPhone X gagal mendapat sambutan? Masalah harga atau spesifikasi yang ditawarkan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤