Sekiranya minggu lalu, Apple telah mengambil keputusan untuk menghasilkan semula model yang dihentikan iaitu Apple iPhone X, nampaknya pada minggu ini Apple dilaporkan bakal mengurangkan penghasilan tiga model terbaru mereka iaitu iPhone XR, XS dan XS Max.

Menurut laporan yang dikongsikan, pengurangan penghasilan ketiga-tiga model baru ini seiring dengan penjualan model yang semakin rendah. Meskipun model-model ini baru sahaja mula dijual sekitar dua bulan lalu, jumlah pembelian yang rendah antara yang memberi kesan kepada syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone-xr-colors
Sumber: 9to5mac

Walaubagaimanapun, peminat Apple masih lagi menunjukkan minat terhadap model iPhone dengan peningkatan penjualan iPhone 8. Hal ini sekaligus menguatkan lagi teori dimana penawaran harga iPhone yang mahal antara yang membuatkan iPhone gagal peroleh jumlah penjualan yang tinggi.

Berdasarkan kejatuhan harga saham Apple serta penjualan rendah iPhone selaku produk yang membawa keuntungan kepada Apple, kemungkinan jawatan Tim Cook selaku CEO bakal digantikan oleh individu yang lebih hebat dalam membawa jenama ini kepada sebuah tahap yang disegani sepertimana suatu ketika dahulu.

Baca lagi: Anda Dianggap ‘Miskin’ Jika Menggunakan iPhone Di China

Sumber