Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah sesuatu yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit. Masa, tenaga dan keringat yang dicurahkan penuh ikhlas tanpa sedikit pun mengeluh sepatutnya dibalas dengan setimpal apabila anak-anak sudah berjaya nanti.

Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Azhakim.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Menerusi status yang ditulis oleh beliau sendiri, beliau berkongsi cerita tentang seorang anak meletakkan syarat rumah dipasang penghawa dingin jika mahu mereka bermalam di kampung. Ingin menunaikan hajat anaknya itu, si bapa mengikut kehendak anak walaupun tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Kisah petang tadiDapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent..Katanya…..

Posted by Mohd Azhakim on Wednesday, 27 November 2019

Menurut perkongsian tersebut, beliau menerima satu panggilan daripada seorang pak cik tua yang ingin memasang penghawa dingin paling murah dan segera. Menurut orang tua tersebut, keluarga anaknya akan pulang bercuti ke rumahnya sempena cuti sekolah.

Namun, anaknya itu meletakkan syarat di mana si bapa perlu memasang penghawa dingin terlebih dahulu baru mereka sekeluarga akan pulang bermalam di sana. Jika tidak, mereka akan bermalam di hotel sahaja.

Setelah mengetahui jumlah keseluruhan untuk memasang penghawa dingin itu, pak cik tersebut tiba-tiba senyap. Apabila ditanya, orang tua itu dengan berat hati memberitahu bahawa duitnya tidak mencukupi untuk membayar ke semua kos pemasangan aircond tersebut.

Beliau yang bersimpati dengan nasib pak cik itu hanya mengambil duit harga penghawa dingin sahaja dan tidak mengenakan sebarang bayaran upah memasang penghawa dingin tersebut.

Rata-rata netizen yang membaca penulisan lelaki itu mengecam hebat tindakan si anak  yang dianggap tidak mengenang budi. Malah ada yang melabelkan anak pak cik tersebut sebagai si tanggang moden.

Terdahulu, seorang pelajar cemerlang UPSR menerima hadiah wang tunai RM10,000 daripada ibu bapanya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya

Pengaruh Ibu Bapa Ke Atas Anak, Saya Bangga Dengan Legasi Abah

 

Anda Mungkin Suka