Meskipun berbaki lagi 3 bulan sebelum pelancaran rasmi, boleh kami katakan minggu ini merupakan minggu yang sibuk buat Apple memandangkan berita ura-ura yang banyak dikeluarkan.

Awal minggu lagi, tersebarnya video yang jelas memperlihatkan Apple iPhone terbaru beserta pandangan 360 darjah. Pada kami ianya masih kelihatan premium meskipun placement kameranya agak aneh saat kali pertama memandangnya.

Mungkin tiada lagi Touch ID pada Apple iPhone 8

Para peminat Apple nampaknya tidak perlu menunggu lama sebelum tersebarnya sebuah lagi ura-ura terbaru dimana Apple bercadang untuk membuang Touch ID dan menggantikannya dengan sensor pengimbas wajah.

Pada kami, ianya merupakan langkah yang futuristik dan moden meskipun kami masih mengharapkan Apple menyertakan teknologi pengimbas cap jari diatas skrin. Dalam pada itu, dikatakan langkah untuk membuang home button ini dikaitkan dengan inisiatif Apple untuk memberikan ruang skrin yang penuh dibahagian hadapan iPhone.

Penggunaan pengimbas wajah ini juga dikatakan lebih selamat dan memudahkan pengguna membuat pembayaran atas talian berbanding penggunaan home button seperti sediakala.

Setakat ini, Apple iPhone 8 berjaya mencipta hype dan membuatkan orang ramai tidak sabar untuk melihat hasil akhirnya. Kami harap Apple mampu untuk membuat perubahan besar-besaran melalui pengeluaran iPhone terbaru pada tahun ini bukan sahaja dari segi rekabentuk dan harga, malah dari segi spesifikasi juga.

Baca lagi: Apple iPhone 6 Terima Diskaun Lagi, Kini Mula Ditawarkan Dengan Harga RM1499 Sahaja

Sumber