Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan bunyi deruan ombak di tepi pantai pastinya  memberikan anda rasa ketenangan dan menjauhkan anda dari bunyi kesibukan kota yang membingitkan.

Lexis Hibiscus yang terletak di Port Dickson sering menjadi pilihan ramai orang untuk bercuti kerana keunikan bentuk hotel terapung di atas air yang membentuk bunga raya. Malah, Hotel Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam persendirian dalam bilik penginapan menjadikan ia satu ‘highlight’ pilihan pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, KL Metro telah mengumumkan bahawa Lexis Hibiscus 2 bakal dibina bersebelahan Lexis Hibiscus dan dijangka akan siap dibina pada tahun 2024. Pembinaan Lexis Hibiscus 2 dilihat bakal menarik lebih ramai pengunjung ke Port Dickson dan mengukuhkan lagi jenama Lexis sebagai penyumbang kemajuan pekan Port Dickson.

N1DiJ_zQ

uhEm7JGA

Bagi Lexis Hibiscus 2 yang bakal dibina ini, ia bakal tampil dengan 760 bilik iaitu 582 vila atas air dan 178 vila sky pool. Malah, setiap bilik tersedia kolam renang peribadi dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti helipad, sauna, spa, gymnasium dan banyak lagi.

Paling menarik adalah Lexis Hibiscus 2 bakal hadir dengan akuarium tenggelam yang dilengkapi dengan restorannya sendiri. Malah, jika ia siap dibina, ia akan menjadi yang pertama di Malaysia.

Pembinaan Lexis Hibiscus 2 ini akan bermula pada akhir tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan pembukaan Lexis Hibiscus 2 ini.