Menjadi trend ketika ini untuk ‘staycation’ di mana-mana penginapan yang menawarkan pelbagai kemudahan unik dan cantik untuk anda merehatkan minda dan nikmati percutian gaya moden.

Malah, aplikasi Airbnb sering menjadi pilihan ramai kerana sering menawarkan penginapan unik dan bagi kami penginapan di Petaling Jaya ini cukup menarik perhatian. Jika ramai menawarkan penginapan yang kelihatan mewah, minimalist dan sebagainya tetapi penginapan ini tampil berbeza.

Screenshot 2020-02-04 at 9.52.48 AM

Penginapan ini adalah sebuah apartment yang menawarkan anda untuk merasai dan belajar tentang kehidupan orang susah. Anda sering mendengar tentang ‘miskin bandar’? Inilah saatnya jika anda ingin tahu bagaimana realiti kehidupan mereka.

ba676b6d-aa6f-425d-938f-335ac89c9c95.jpg

9a87e82e-0ca6-4df7-9ec0-d21d0caa7f78.jpg

b7d77383-786e-4973-b94a-abd5fd2d8230.jpg

9821053d-a636-44fd-b718-ce7a61257c63.jpg

Difahamkan, apartment ini boleh memuatkan 4 orang dimana memiliki 3 bilik tidur dan 1 katil sahaja. Kemudahan memasak dan peti ais juga tersedia tetapi tiada perabot lain yang ada di apartment tersebut.

Sudah namanya merasai pengalaman kehidupan orang susah, hanya kipas sahaja yang tersedia dalam apartment dan kemudahan di tempat itu hanyalah lif. Walaupun anda menginap di penginapan miskin bandar, anda dapat berkunjung ke IKEA melihat perabot yang cantik dan menikmati makanan enak seperti Sweedish Meatball atau juga bermain ski di e-curve.

Pastinya pengalaman ini akan membuat anda rasa bersyukur dengan apa yang anda ada dan melihat dari sudut mereka yang miskin bandar. Penginapan cukup unik ini dimiliki oleh Prestley.

22e0e68b-5369-4b86-b6e1-cbee48eefd31.jpg

2f63d7bc-493a-4b5f-82a0-dc62a06e8752.jpg

93510bc3-dd46-4fbd-a061-2e7f18699d36.jpg

ef00bfe8-885a-4518-9974-8c73d9093830.jpg

Bagi anda yang ingin menginap di sini, anda boleh membuat tempahan di Airbnb secara dalam talian dan harga untuk bermalam adalah RM60 sahaja. Kami telah mencuba untuk membuat tempahan di penginapan ini dan mengejutkan kerana berjaya.

Jika anda ingin cari ‘review’ mereka yang pernah menginap di sini, malangnya tiada. Mungkin juga penawaran penginapan ini adalah troll untuk rumah yang cantik di Airbnb tetapi ia berjaya menghiburkan hati.

Seperti yang kami katakan, terdapat pelbagai penginapan unik di Airbnb. Apa kata klik pautan di bawah untuk lihat penginapan unik yang lain.

Airbnb Tawar Penginapan Di ‘Hotel Kentang Idaho’ Yang Sangat Unik

‘Bedroom’ Vincent Van Gogh Kini Boleh Disewa Di Airbnb

Lelaki Ini Kongsi Gambar Kediaman Airbnb Yang Ditempahnya Di Amsterdam