Pada hari ini sudah banyak penginapan yang menawarkan konsep-konsep unik. Contoh paling dekat ialah Hotel Kabin di Sekinchan atau Hotel Bas yang ada di Melaka. Idea luar dari kebiasaan selalunya lebih mudah mendapat perhatian. Kali ini kami kongsikan satu lagi penginapan unik dua kali ganda luar biasa. Yang pertama ialah rekabentuknya, dan yang kedua ia ditawarkan secara percuma. Ya! Percuma. Zaman sekarang, nak cari yang percuma tu memang susah nak jumpa.

Penginapan yang kami maksudkan ini ialah Bruit Du Frigo , Kabin berbentuk burung hantu yang unik. Bertempat di Bordeaux, barat daya Perancis, kabin ini menawarkan penginapan untuk anda bermalam secara percuma. Tetapi, anda perlulah membuat tempahan awal terlebih dahulu di laman web rasmi mereka di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bruit Du Frigo merupakan projek yang dibangunkan oleh Zebra 3, iaitu kumpulan arkitek yang terkenal dengan senibina kontemporari. Menurutnya, tempat ini bakal menjadi lokasi untuk golongan urban meluangkan masa menikmati alam semula jadi. Jika anda merancang untuk ke Perancis pada masa akan datang, jangan lupa masukan sekali Bordeaux sebagai lokasi wajib untuk di lawati.

1

2

3

4

5

6

7