Bagi anda yang tercari-cari tempat untuk ‘staycation’, pastinya anda mencari tempat penginapan yang menawarkan pelbagai kemudahan, bukan?

Terbaharu, sebuah penginapan di Bangsar telah menjadi buah mulut orang ramai kerana perkongsian seorang pengguna Twitter @shahirahzai yang berkongsi mesin daftar masuk dan keluar layan diri hotel tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/shahirahzai/status/1224046604237172736

236945343

236945326

Menerusi perkongsian tersebut, beliau berkongsi keterujaan beliau menggunakan mesin layan diri untuk daftar masuk dan keluar hotel yang mudah dan cepat. Bagi anda yang tidak tahu, penginapan tersebut adalah Komune Living di Bangsar. Dapat dilihat rekaan penginapan di sana cukup minimalist, rustic dan cantik.

Lebih mengujakan kerana terdapat kolam renang yang hadiahkan anda pemandangan kota raya yang boleh dikatakan ‘Insta-worthy’. Selain itu, anda juga dapat melepaskan stress anda bermain pelbagai permainan yang terdapat di game room. Jika anda datang bersama rakan pasti ia akan jadi satu aktiviti yang menyeronokkan.

236945314

236945339

236945360

236945351

Rekaan dalam bilik juga hadir dengan rekaan yang kelihatan moden dan cantik menjadikan setiap sudut sesuai untuk bergambar. Malah, kedudukan Komune Living ini cukup strategik dan berdekatan dengan Kuala Lumpur membolehkan anda untuk berkunjung ke pelbagai muzium seperti Muzium Negara, Muzium Balai Seni Negara dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, harga penginapan ini bermula dari RM99 semalam dan pastinya harganya berpatutan dengan penawaran yang diberikan. Tunggu apa lagi? Anda boleh buat tempahan penginapan ini di laman sesawang ini.

236945321

236946543

236946545

236946550

236946525

Sebenarnya terdapat tip dan trik untuk dapatkan harga murah menempah penginapan. Apa kata ikuti tip tersebut pada pautan di bawah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Lihat Rekaan Hotel MoMo’s Di Chow Kit Yang ‘Hipster’ Tetapi Murah Ini