Satu gambar ini telah mencetuskan viral pada suku tahun terakhir 2015. Ia memaparkan seorang ayah sedang memayungkan anaknya di waktu hujan. Apa yang menarik perhatian ialah baju kemeja ayah kebasahan hingga boleh nampak warna kulitnya di sebalik helaian kain kemeja itu.

ayah anak hujan basah

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Momen ini telah ditangkap oleh Eumine Choi, 25, di Queens, New York, Amerika. Dia memuatnaik gambar itu di Reddit dengan kata-kata:

Hope the son just grows up to realize how lucky he is… Pay it forward.

Tapi gambar yang sama telah di-repost oleh pengguna Reddit yang lain dengan kata-kata ‘Dads’ telah menarik perhatian 3.9 juta views.

Cerita di sebalik gambar itu telah dicungkil di Yahoo! Parenting. Menurut Choi, semasa dia hendak menyeberangi jalan sewaktu pulang dari kerja, dia nampak peristiwa itu dan terus ambil gambar untuk tunjukkan kepada rakan-rakannya.

Gerakan kasih sayang seorang ayah itu telah menyentuh hati Choi. Ia mengajar kita erti tidak mementingkan diri. Ayah budak itu membimbit beg kulit dan beg makanan sambil memayungkan anaknya tanpa memikirkan keadaan diri dia sendiri. Malah, anaknya tidak memegang sendiri payung itu.

It was sweet. It reminded me of my dad and all the times he did these kinds of things but I didn’t even realize.

Choi menyatakan lagi kemungkinan besar anak kecil itu yang dianggarkan berusia 3 atau 4 tahun tidak menyedari pengorbanan ayahnya itu. Waktu kejadian anak kecil itu seperti sedang mengunyah makanan.

Choi juga tidak menjangkakan gambar ayah dan anak ini menjadi viral.

I think everyone can relate somewhat and can recognize how much of a selfless act this is. It struck a sweet spot… Dads, they don’t get as much credit as they deserve.

Cinta Hati Abah

Kejadian itu berlaku di Amerika tetap menyentuh hati saya tentang cinta hati seorang ayah kepada anaknya. Di Malaysia pula, baru-baru ini terdapat satu drama mengisahkan seorang ayah tunggal bernama Pak Salleh (Esma Daniel) begitu menyayangi 3 orang anak perempuannya iaitu Baizura (Nonny Nadirah), Intan (Zara Zya) dan Zaharah (Nor Zara Sophia). Pengorbanan membesarkan anak-anak seorang diri amatlah payah dan berat dugaannya.

https://www.youtube.com/watch?v=92K_aOXG3wc

Demi memastikan pendidikan anak-anaknya terjaga, hanya berbekalkan pekerjaannya sebagai seorang nelayan untuk mencari nafkah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ketabahannya melayan telatah anak-anaknya, amatlah menghayat hati ditambah pula dengan penyakit berlarutan yang dialami sejak sekian lama

Diringkaskan cerita, Intan seorang anak yang pintar dan sentiasa menghormati orang yang lebih tua darinya. Beliau sanggup berkorban masa depan demi bapanya termasuklah berhenti belajar di institusi pengajian tinggi semata-mata untuk menjaga ayahnya di kampung yang kesihatannya semakin melarat dan tidak sembuh.

Selain itu, beliau hanya bekerja sebagai kerani di sebuah kilang berdekatan dengan rumah yang berpendapatan rendah serta membantu ayahnya membela lembu selepas habis kerja setiap hari. Walaupun umurnya sudah menjangkau 30-an, beliau rela tidak berkahwin kerana tidak sanggup melihat ayahnya susah.

Kebiasaannya, kita selalu mendengar nasihat agar menghormati, menjaga hati dan mendengar kata ibu kerana ibu yang mengandung dan melahirkan kita di samping syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibu.

Namun, bagaimanakah perasaan ayah? Adakah kita tidak perlu menjaga ayah seperti mana yang kita lakukan terhadap ibu? Berapa ramai antara kita yang sanggup berkorban demi seorang ayah? Sejauh mana pengorbanan anda sebagai anak terhadap ayah?

Tips Menghormati Bapa

  1. Kerap mendoakan kebaikan
  2. Sentiasa hormat dalam apa jua keadaan
  3. Tidak membantah apabila ada pendapat yang berbeza
  4. Tidak meninggi suara
  5. Bercakap dengan sopan
  6. Menjaga hati dan perasaan
  7. Tidak berleter atau memarahi
  8. Tidak menyampuk perbicaraan
  9. Menjaga hati dengan mendahulukan mereka dalam sesuatu perkara
  10. Membantu tanpa diminta

Saya turut terkesan dengan satu puisi yang dihantar kepada saya melalui Telegram iaitu Puisi ‘Ayah Tak Kisah’. Saya tidak tahu siapa penulis asalnya tetapi bait-bait ayat membuatkan saya terfikir akan pengorbanan seorang ayah.

Bila baju sekolah dan baju harian dah buruh,
Ayah suruh emak beli baju baru,
Sedang baju ayah sendiri sudah lusuh,
AYAH TAK KISAH

Bila ayah lepaskan anaknya untuk berkahwin,
Tiada yang tanya perasaan ayah yang menangis dihati,
Melepaskan anak yang dia sayang dan kasih,
AYAH TAK KISAH

Bila anak peluk mak,
Tunjukkan sayang pada mak,
Ayah pendam rasa,
AYAH TAK KISAH

Bila anak nak balik,
Ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak,
Mak masak dapat pujian,
AYAH TAK KISAH

Bila anak berjaya dalam pelajaran,
Ayah menangis gembira dalam bilik,
Tiada yang tahu,
AYAH TAK KISAH

Bila anak telefon cakap rindu pada mak,
Tapi langsung tak cakap dengan ayah,
Ayah sedih tapi janji mak gembira,
AYAH TAK KISAH