Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kenaikan harga barang nampaknya sudah menampakkan kesannya sejak pandemik COVID-19 melanda negara. Beberapa hari lalu, tular harga sayur serta beberapa harga barangan rumah yang melambung tinggi. Terdapat juga beberapa produk makanan dan kelengkapan rumah yang sudah meletakkan harga baharu pada tahun hadapan.

Terbaharu, kedai kopi tradisional atau dalam bahasa umumnya kopitiam dijangka menaikkan harga minuman sebanyak 60 sen pada tahun hadapan. Perkara ini dilaporkan sendiri oleh Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura Wong Teu Hoon yang berkata antara faktor kenaikan harga adalah disebabkan kos operasi yang semakin meningkat.

“Harga akan naik 20-30 sen di luar bandar dan 40-60 sen di bandar. Sewa lebih tinggi di kawasan tertentu jadi harga juga akan lebih tinggi,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail. Tambahnya lagi, kenaikan kos ini juga tidak menguntungkan pemilik kedai kopi, tetapi akan membantu mereka menguruskan kos operasi yang semakin meningkat.

“Baru-baru ini, banyak perkara menjadi lebih mahal — daripada susu pekat dan susu sejat yang diperlukan untuk membuat kopi atau teh, kepada gaji pekerja, sewa dan gas memasak,” katanya sambil menambah pemilik kedai kopi hanya memperoleh RM20 jika menjual 100 cawan kopi sehari, walaupun harga secawan naik 20 sen.

Wong yang juga presiden Persatuan Kedai Kopi Melaka, mendakwa kebanyakan kedai kopi di negeri ini tidak menaikkan harganya sejak enam tahun lalu walaupun terdapat kenaikan sewa, caj utiliti dan kenaikan gaji pekerja. “Kali ini, kami benar-benar terpaksa menaikkan harga. Kebanyakan perniagaan bersetuju untuk mula melaraskan harga minuman mulai 1 Januari,” katanya.

Bagaimana rangkaian kedai kopi dari Indonesia ini berjaya menerima pelaburan daripada Jay-Z. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bagaimana Rangkaian Kedai Kopi Dari Indonesia Ini Berjaya Menerima Pelaburan Daripada Jay-Z

Mudahnya Cara Buat Kopi Ala Kafe Hipster Tanpa Mesin Di Rumah

Bagaimana Lipas Menjadi ‘Sumber Protein’ Yang Terkandung Dalam Kebanyakan Kopi

 

Anda Mungkin Suka