Bermula sebagai siri animasi pada 2016, Ejen Ali nampaknya berjaya menarik perhatian tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa menerusi animasi serta plotnya yang unik dan menarik.

Terbaharu, selepas berjaya mengutip jualan yang tinggi menerusi filem sulung mereka, akaun Twitter rasmi Ejen Ali telah mengumumkan Ejen Ali: The Movie 2 bakal dibangunkan.

Pengumuman yang dibuat nyata berjaya membuat para netizen teruja menantikannya. Berikut merupakan antara reaksi netizen di Twitter menerusi pengumuman yang dibuat.

Setakat ini masih belum diketahui bilakah filem ini bakal mulai ditayangkan secara rasmi. Buat anda yang belum pernah menonton Ejen Ali The Movie, filem animasi ini kini sedia untuk ditonton melalui platform Netflix.

Sebelum ini, filem Ejen Ali: The Movie berjaya meraih RM1.86 juta hanya selepas sehari tayangan di pawagam.

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan

Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

Kembali ‘Trending’, Filem Epik Ejen Ali: The Movie Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Anda Mungkin Suka