Pada tahun 2023, negara Malaysia mempamerkan perkembangan ekonomi yang progresif sekaligus menandakan kita sudah melepasi tempoh genting sejak beberapa tahun lalu. Senario ini bertambah baik dengan sejumlah pengumuman pelaburan besar daripada syarikat terkemuka global.

Terbaharu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ada pengumuman mengenai pelaburan yang besar berkaitan bidang digital di Malaysia dalam masa terdekat ini. Perkongsian awal ini menurut beliau akan menjadi pencetus kepada negara untuk meningkatkan rangka tindakan ekonomi digital Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Suria KLCC

Bagaimanapun, beliau masih belum memberi sebarang petunjuk nilai pelaburan secara spesifik. Sasaran awal pelaburan ini dapat dikaitkan dengan kerjasama negara bersama pemain industri.

Antara pelaburan yang sudah kedengaran sebelum ini adalah MDEC telah menyasarkan nilai mencecah RM49 bilion pelaburan berkaitan digital berpotensi diluluskan negara menjelang 2025 dan lanjut dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan meletakkan sasaran pelaburan sekitar RM70 bilion sejajar dengan agenda MyDIGITAL negara.

Di samping usaha kemasukan pelaburan ini, beliau menambah lagi bahawa kementerian kelak turut akan menganjurkan hackathon kebangsaan sebagai langkah meningkatkan penyertaan pentadbiran dalam perolehan bakat digital dari semasa ke semasa.