Jika pada minggu lalu YouTuber Felix Kjellberg atau lebih dikenali dengan nama ‘PewDiePie’ berjaya membuatkan penonton seluruh dunia terhibur dengan video reaksi beliau terhadap adegan ‘drama Melayu’, beliau pada minggu ini sekali menggemparkan ramai apabila mengumumkan untuk rehat daripada YouTube bermula awal 2020.

Pengumuman yang dibuat YouTuber kegemaran ramai ini dibuat selepas beliau merasakan penat dalam menghasilkan karya terbaru buat orang ramai. Ditambah pula dengan kehidupan beliau yang baru sahaja berkahwin baru-baru ini, beliau merasakan beliau perlukan masa untuk kembali ke platform YouTube bagi menghiburkan orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
PewDiePie
Sumber: Dot Esports

Untuk pengetahuan, pada tahun 2017 berjaya muncul sebagai YouTuber pertama yang mencecah 10 bilion tontonan pada channel beliau. Seterusnya pelbagai lagi kejayaan berjaya dikecapi melalui kerjasama bersama beberapa jenama-jenama beser serta selebriti.

Kini, PewDiePie berjaya mengumpul lebih 102 juta subscribers di YouTuber serta menjadi individu dengan jumlah subscribers tertinggi dalam sejarah YouTube.

Felix Kjellberg
Sumber: Engadget

Di sebalik kecaman yang sering diterima sejak mula memulakan YouTube, rata-rata orang ramai khususnya penonton YouTube meluahkan kesedihan dengan pilihan yang dibuat PewDiePie. Selain itu, beliau juga dilaporkan telah menyahaktif akaun Twitter beliau. Berikut merupakan antara reaksi daripada netizen berdasarkan keputusan yang dibuat YouTuber PewDiePie. 

https://twitter.com/BaggySpartan117/status/1206643334388867073

Kami sangat sarankan anda untuk menonton reaksi PieDiePie terhadap adegan drama Melayu yang sangat epik ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PewDiePie.

Lihat Adegan ‘Drama Melayu’ Ini Yang Berjaya Buat PewDiePie Terhibur

‘PewDiePie’ Sah Berkahwin Dengan Teman Wanitanya, Marzia Bisognin Di London

PewDiePie Kecewa Dan Marah Nama Beliau Disebut Pengganas Christchurch