Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kini orang ramai terpaksa mengamalkan norma baharu dan terpaksa duduk di rumah bagi mengawal wabak tersebut. Adakah anda rindu suasana di lapangan terbang ataupun di dalam penerbangan?
Terbaharu, tular di media sosial video pengumuman penerangan berkaitan prosedur pengambilan vaksin oleh sukarelawan di pusat vaksin IDCC Shah Alam. Menjadi buah mulut netizen apabila pengumuman yang dibuat para sukarelawan membuatkan mereka berasa seperti berada di lapangan terbang dan juga dalam penerbangan.
I took my vaccine there today! And yes patutlaaa fefeling dalam flight dengar announcement abang tuuu 😁😁😁 pic.twitter.com/j16HeX1qj7
— Farah Wahidah (@heywawa) June 3, 2021

No wonder 🧐🤔 pic.twitter.com/aMmjYiW7nm
— Edwan Aidid (@iamedwan) June 3, 2021
Apparently some of the volunteers at the vaccination centers are former cabin crew, so the briefings sound like polished in-flight announcements 😄 Listening to this makes me miss being able to travel, haha~ ✈️ https://t.co/okfrEphcNZ
— Aisyah/Cappy 🐟 (@cappyfish) June 4, 2021
Rata-rata mereka yang mendengar pengumuman dibuat para sukarelawan bersetuju dapat merasai ‘vibes’ ketika boleh melancong satu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan mereka sudah rindu untuk boleh melancong seperti dahulu kala.
Untuk pengetahuan anda, para sukarelawan yang berada di IDCC Shah Alam adalah bekas pramugara atau pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan
KKM Beri Bayangan Sistem Kesihatan Malaysia Berada Di Ambang Lumpuh
Imigresen Malaysia Jawab Dakwaan Tidak Benarkan Isteri Hafizh Syahrin Ke Luar Negara