Hati-hati buat anda yang sering memuat naik apa sahaja aktiviti harian yang anda lakukan di media sosial. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peringatan itu bagi melindungi kerahsiaan sepanjang proses pengundian dijalankan. Peringatan ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak kira melalui pos, undian awal atau individu yang keluar mengundi pada hari mengundi.

Sebarang gambar atau bukti yang berkaitan jika dimuat naik di laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi daripada RM5,000, atau kedua-duanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelaku juga boleh dikenakan hukuman seperti nama tidak didaftarkan sebagai pengundi dan tidak dibenarkan untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun berikutnya. Hati-hati buat pengundi terutamanya pengundi kali pertama yang terlalu excited.