Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula bulan hadapan pengunjung di dua Taman Eko Rimba di Pahang akan dikenakan caj masuk. Caj masuk untuk pengunjung Taman Eko Rimba Jerangkang akan dikenakan bermula dari RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas, RM3 untuk dewasa dan RM5 hingga RM10 untuk pelancong asing.

Manakala pengunjung Taman Eko Rimba Mossy Forest pula akan dikenakan caj masuk sebanyak RM5 untuk kanak-kanak dan warga emas, RM10 untuk dewasa manakala pelancong asing akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 hingga RM30 seorang. Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin caj masuk ini dikenakan bagi menampung perbelanjaan pengurusan Taman Eko Rimba tersebut.

Tambah beliau, caj tersebut tidak terlalu mahal dan masih berpatutan dengan apa yang ditawarkan di taman eko rimba tersebut. Sebelumnya, beberapa buah Eko Rimba di Pahang juga telah dikenakan caj masuk seperti di Taman Eko Rimba Chamang, Taman Eko Rimba Lentang, Taman Eko Rimba Gunung Senyu dan Taman Eko Rimba Sungai Pauh.

Anda Mungkin Suka