Pada hari Sabtu lalu, ketika orang ramai sibuk menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Bahrain di Stadium Bukit Jalil (SNBJ), ada pihak tidak bertanggungjawab telah cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menabur paku dan skru di sekitar kawasan parkir stadium tersebut.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan oleh para pengunjung pada hari kejadian, mereka menemui pelbagai jenis dan saiz skru serta paku di atas permukaan jalan tar kawasan parkir SNBJ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu perkongsian lain pula, ada pengunjung mengumpul taburan paku dan skru di dalam botol air mineral sehingga mencapai hampir separuh ketinggian botol plastik berkapasiti 500ml itu.

Juga kelihatan beberapa pemilik kenderaan sedang berusaha menggantikan tayar yang sudah bocor terkena barangan tajam itu.

Sumber Gambar: Facebook Malaysian Modders

Orang ramai berharap agar pihak pengurusan SBNJ dapat bertindak menyelesaikan perkara ini secepat mungkin agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Jika pengunjung tidak lagi berasa selamat untuk ke stadium, sudah pasti mereka akan memilih untuk menonton perlawanan bola sepak di tempat lain seperti kedai mamak atau di rumah sahaja selepas ini.

Sekaligus boleh menjejaskan moral pasukan negara yang memerlukan sokongan jitu daripada rakyat Malaysia yang datang dari seluruh pelusuk negara dan memberi kesan kepada hasil jualan tiket untuk menampung kos-kos operasi SNBJ.

Dalam isu lain pula, warganet luah rasa kecewa apabila melihat fasiliti stadium negara yang kurang baik sehingga dinaiki air banjir baru-baru ini.

‘Sedih Lihat Fasiliti Stadium’ – Netizen Kecewa Dengan Keadaan SNBJ Yang Dibanjiri Air

Diserang Sindrom ‘Ramsay Hunt’, World Tour Justin Bieber Di Malaysia Mungkin Dibatalkan?

‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim

Sumber