Setiap kali hampirnya Aidilfitri, orang ramai terutamanya yang beragama Islam akan membuat persiapan raya dengan membeli-belah barang keperluan baharu seperti pakaian, langsir, biskut dan sebagainya.

Umum mengetahui, penularan wabak pandemik COVID-19 telah membuatkan kita terpaksa hidup dalam norma baharu dan kes jangkitan ketika ini masih tinggi. Akan tetapi, ada segelintir rakyat Malaysia yang sudah seperti tidak peduli dengan SOP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular di media sosial sebuah foto dimana memaparkan pengunjung bersesak-sesak tanpa penjarakan sosial di sebuah gedung kain terkenal terletak di Bangi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang kerana tiada penjarakan sosial ketika membeli-belah dapat dilihat dalam gambar tersebut.

Malah, para netizen turut kecewa dengan sikap segelintir pengunjung yang tidak patuh SOP ditetapkan kerajaan dimana boleh mengakibatkan peningkatan kes penularan wabak pandemik justeru muncul kluster membeli-belah kelak.

https://twitter.com/IzyanDyana/status/1386328839870058502

Justeru itu, ada netizen yang menyarankan agar pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di tempat membeli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai.

Pastinya dengan penularan gambar ini membuatkan ramai orang berasa kecewa terutama sekali mereka yang mengamalkan SOP dan mengecam tindakan mereka serupa seperti golongan influencer dan golongan atasan yang ‘bebas’ melanggar SOP. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelanggaran SOP pada pautan di bawah ini.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Saman RM1,500 Langgar SOP, Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Mampu Bayar Saman